Tuesday, December 18, 2012

DERMA OH DERMA

ASSALAMUALAIKUM..dan selamat sejahtera semua kawan-kawan

 hehehhe

Okeh..first of all, harini macam nak start sikit-sikit perubahan menjelang tahun baru..nak tahu perubahan apa yang telah berjaya dilakukan oleh aku yang bz sangat ni?hehehe...ia adalah perubahan rupa blog aku yang semakin dipandang sepi oleh tuan blog sendiri..Hehehehe..(sorry lah sebenarnya just nak cheer mood menulis ni..isk..isk) 

Baiklah..berbalik kepada tajuk entry saya pada hari ni...refer tu perkataan DERMA or DONATE.. hmmm...sebenarnya macam-macam yang kita boleh kategorikan dengan menderma di mana kita semua pasti sedia maklum menderma pun terdapat bermacam-macam medium. Contohnya dari segi wang, material, tenaga malahan organ dan darah juga kita boleh kategori kan sebagai salah satu medium yang kita bole dermakan.

Saya (hehehe..skema kan?) terpanggil untuk menulis entry hari ini sebenarnya rentetan apabila kerap kali terlibat dengan program-program anjuran ofis saya. (i olls keje gomen ye anak-anak.so banyak la event yang melibatkan orang ramai) 

Ok lah..hari ni..kat sini..medium menderma yang saya nak share adalah derma darah..Dengar dan tengok benda ni macam bukan lah sesuatu yang 'rare' ye saya tahu. Tapi hakikatnya..ramai lagi manusia di muka bumi Allah ni tidak menyedari..banyak kelebihan dan manfaat yang kita boleh perolehi daripada menderma darah..

ok..sekarang..baca dulu syaratnya..ok :) -ihsan dari google

1. Berumur 18-60 tahun dan mempunyai berat badan melebihi 45 kilogram.

2. Tahap Haemoglobin melebihi 12.5 peratus.

3. Tiada penyakit kronik.

4. Tidak mengambil preskripsi atau ubat-ubatan seperti aspirin, pain killer dan sebagainya.

5. Tidur yang mencukupi, 5 jam atau lebih.

6. Sudah makan dan minum yang mencukupi sebelum menderma darah.

kelebihan -kelebihan yang kita boleh perolehi banyak sangat yang semestinya dari segi kesihatan.  tetapi. .tujuan utama saya menulis ini, adalah untuk berkongsi kelebihan lain seperti membantu secara indirectly, dapat kawan-kawan baru, menambah aktiviti masa lapang, keistimewaan sewaktu mendapatkan rawatan di hospital2 kerajaan (tertakluk kepada terma dan syarat)

Hope sangat entry saya membantu dan memberi maklumat ye..:)




No comments:

Post a Comment