Monday, January 5, 2015

it's stupid..but true

assalamu'alaikum,

its sunny and bright day today.but not for me.hi overyone.memang lama tak tulis.so, i come back what a emotional topic.as usual, its aboutrelation ship la kalau dah tajuknya begitu


Simple..ingat lah dan cuba jaga. the way you have treat your best/great friend.Kadang-kadang kita tak pernah perasan.Kita cuma cari kawan kita untuk susahkan dia. Dan sebab apa kita begitu? sebab dia akan telan semua yang kita buat ke?Jangan lah sesekali terfikir macam tu...sakit tau tak hati kawan tu..walaupun kita tinggalkan dia untuk hidup yang baru.dan dah tak hidup dengan dia lagi...tapi ingat lah, dia lah yang rajin melayan, mengadap perangai kita yang nak meroyan tak habis-habis. Kawan yang sentiasa ada susah senang. (ini untuk siapa yang hidup dengan kawan)

Pointnya dekat sini..always take care of the way you treat others

Tuesday, June 17, 2014

vietnam 1ST EPISODE

assalamu'alaikum...ok lah no panjang-panjang mukadimah.Jom kita cerita terus..trip aku kali ni adalah disertai oleh 9 orang semua kawan-kawan aku satu office.cuma aku adlah yang terpaling kecik.hahahaha..sebab yang pergi rata-rata umur 40tahun ke atas u olls..risau la konon-konon aku ni jalan dikalangan mak-mak.tapi..last-last risau akan diri sendiri sebab tak mampu nak challage kederat dia orang ni okeh!!!!hahaha..!!!!

Aku bertolak dari Pasir Gudang terchenta pukul 10.30 malam. Sebab flight aku esok pagi pukul 7.30pagi dan fly from KL -Ho Chi Minh. Waktu tu Air Asia tak ada lagi direct flight dari JB - Ho Chi Minh. But now dah ada. Kepada orang kampungku sekalian..SILA JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!!hehehhe..ok aku sampai kt LCCT around 4.30am. Sangat mengantuk dan sakit badan sebab naik van. Ditambah dengan aku demam yang macam apa before nak fly tu..Hahahhaha (itu memang penyakit aku.neves sampai demam).So extra sket la aku punya tak larat tu..Tapi tak apa. Demi menjayakan misi aku dengan kakak-kakak kesayangan sekalian. Ku gagahi jua. Lepak dekat surau.Pukul 5.30am aku gerak nak check in sebab aku nak solat kat area-area gate berlepas.. Settle tsemua, check in, jalan round 1 LCCT tu sbb station jauh gila dari flight, plus hujan lebat bak hang! Aku naik flight dalam pukul 8.30am.Safely arrived Ho Chi Minh at 11.00 am and terus terkinja-kinja eksited nak berjalan.hahahah.Untuk pengetahuan korang, waktu dia lambat 1 jam dari kita. same goes kalau kita pegi bandung. Kalau tak salah la..

Untuk kali ni, aku tulis ni dulu ae..Tapi ni tips sket :
1. Mesti lah makan ye. Untuk alas perut
2. Bawak botol air kosong waktu kat air port.Kalau-kalau nak shi2..Takde air ye toiletnye.(walau pun asia country).
3.Nak check in, hrap bersabar. Sebab standart dia orang bagi check in pukul 2 petang waktu dia orang.Jam kita pukul 3.00. So, siapa yang terlebih pembersih, faham-faham la nak prepare ape.

NEXT ENTRY BARU ADA GAMBAR YE..

Wednesday, February 5, 2014

apa lagi?

matahari terik..tekak jadi pedih..
pagi-pagi lagi.ye pagi-pagi.
usai basmallah, permulaan mencari rezeki,
terus di tujah ayat negatif.
aku...terdiam..dituduh pelupa.
walhal..si dia yang lupa.
adoi...hari-hari begini..
patutnya hati sudah lali..
tapi, inilah aku..
setiap kali, setiap hari,
menghadap perangai yang sama,
mulut yang sama,
tetap perlu dahiku kerut,
tetap perlu banjir kolam mata.
kenapa?
hati serapuh itu?
aku pelik, kenapa aku begitu.
tak bolehkah aku tulikan telinga dengan ayatnya?
tak bolekah aku butakan mata dengan tuduhan nya?
mungkin,
harapan aku terlalu besar padanya.
tapi pada dia,
aku cuma........
apa ye?tak tahu nak gambarkan aku seperti apa padanya.
seperti buih di lautan?
di pukul ombak hilang lah buih.
seperti daun kering berguguran?
tiba masa gugur lah ia.
begitu ?
yang lain, berjaya memekak kan telinga,membutakan mata.
aku?
dah berpuluh purnama menghadap .
tak berjaya..
hmmm.....

Friday, November 29, 2013

support others

assalamu'alaikum..ok lah..tergerak nak tulis entry sementara menunggu akak satu office habis buat kerja..*dalam hati dah risau pukul berapa nak balik???* T.T

talk about support...what kind of support yang korang semua faham bila this head line pops out dekat depan mata korang???support others..sebenarnye subjective sangat.susah nak cakap sebab kalau kau cakap "pak cik tak nak tolong support kami ke?kami cuma mintak masa 5 minit saje" yang pak cik ko tuduh bukan-bukan tu selamba cakap "tiap-tiap bulan pakcik potong gaji salur dana kat program ni." nampak tak? Pak cik tu bukan tak support usaha ko nak terangkan program ape yang ko cuba ketengahkan. Cuma, it's come in different way. Tapi sebenarnya, kadang-kadang, lain support yang kita perlukan tapu lain pulak cara support yang orang berikan. betul tak?hmmmmm...macam mana nak cakap. sebab support tu subjective...ok lah lets minimize the scope. Kalau dalam pejabat. Ada seorang akak yang berumur 49 tahun dan dibantu oleh seorang anak gadis remaja mengemas office bagai nak gila.angkat segala bagai perabot, kotak. Yang ko lelaki gagah perkasa cuma tengok sambil main internet. Dengan alasan ko support jugak la...Moral support..wei!!!!tengkorak ko la moral support...adoooiiii...tolong la ye lelaki, jangan bagi situasi ni berlaku.boleh merosotkan ekonomi negara kau tau tak? berpada-pada lah dalam bagi sokongan, jenis sokongan juga kena ambil pusing. ambil kira..siapa aku nak nasihat korang????!!! aku ni rakyat malaysia la...yang terlalu sayangkan negara aku..

aku suka lagu ni..layan aje

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

aku nak tulis novel.boleh tak?

assalamu'alaikum kawan, yang semua tengah baca ni tak payah nak ketawa sangat. sebenarnya hasrat aku yang satu ni dah lama aku pendam.tapi, lepas rase bosan sangat macam tak ada life sebab asyik-asyik nak kena kejar date line siapkan tender dengan sebut harga. aku terpanggil nak mencabar diri sendiri. Poyo?memang poyo dan seharusnya tampar aje diri sendiri yang terhegeh-hegeh nak tulis novel. bukan apa.sebab rasa dah lama sangat tak menggali bakat menulis aku.last time aku tulis short story masa time form 5.kena kutuk gila-gila sebab last-last aku buat heroin dia mati.hohohoho. (suka hati aku la aku nak buat ending macam mana kan. cerpen aku) tapi yang penting, aku dapat dorongan dari sorang kawan waktu yang sangat dengan aku waktu tu. NUR AINA MARDIAH sedapkan nama dia? In sha allah nanti aku nak letak nama dia dalam novel dia. Jalan cerita novel aku pasal apa? mesti lah pasal perempuan..hahaha...dah aku perempuan...tapi apa yang aku nak tulis, aku tak fikir lagi. doa kan semoga apa yang bakal aku buat ni dapat memberi manfaat bersama. Yang penting tak akan ada cerita pasal CEO ye...hahhahahaha...sebab aku nak cuba ketengahkan cerita yang lebih real. Ok lah.mood nak menulis sampai sini je kot. tengah kecelaruan emosi.tak pasal-pasal jap lagi aku melalak pasal tulis entry yang lansung tak ada sentimentel topik..hehehhe..ok bye.happy readding, i'm so boring with all this *tiba-tiba. sila sepak..

Friday, August 23, 2013

jodoh itu rezki dan rahsia Allah.


assalamu'alaikum...

pepps..

hahaha...nampak tak? tajuk entri nak gempak, seolah-olah nak bincang benda serius..Relax, chill aje...sebab tak ada apa-apa yang serius pon aku nak tulis. Macamlah korang tak tahu aku memang de masalah sejak belog ni di wujudkan iaitu, tak tahu nak letak tajuk kat entry dengan lebih tepat.. ok lah, lets jump together!

Cakap pasal jodoh, kahwin, boy friend, girl friend, menantu, menghantu, ekh apekah? aku memang dah masak dah soalan-soalan berupa.. ..-------->

1. eh bila nak kahwin.....tak pon
2. yang kau ni, tak nak kahwin ke?kawan-kawan kau semua dah kahwin
3.kahwin cepat la mira...tengok aku..sebaya kau dah berempat
4.eh, betul ke kau tak de boy friend?tipu lah...

macam-macam lagi aaaa aku pon tak ingat sebab aku dah blend dengan soalan-soalan berbisa ni nak masuk 3 tahun dah..hahahah..antara statment cepu cemas lain yang aku dapat adalah......

1.mira ko tak ada boy friend?tu lah...anti sosial
2.ko nak tak kalau aku kenal kan dengan kawan aku ni?dia baik (padahal dia tak kenal sgt pon)
3.kau ni mira...berat mulut...memang lah susah nak dapat kawan
4.ala...aku tahu nape....ko memilih sangat..
5.tulah, dulu si polan tu nak ko, ko tak nak (padahal si polan tu xde pon ckp nak kat aku)

banyak sangat sampai aku memang ah tak ingat...aku cerita bukan nak bukak pekong sendiri, tapi aku nak mengajak masyarakat, kelompok manusia yang suka berfikiran typical ni bukak mata, bukak telinga, bukak hati untuk lebih belajar mendoakan orang, bukan mempertikai kehidupan orang, bukan mendoakan buruk-buruk pada orang.

Aku memang seorang yang percaya pada rezeki Allah. sebab Dia maha mengetahui setiap sesuatu untuk hambanya.Macam-macam usaha yang kita buat, kalau bukan dan belum masanya jodoh kita tu sampai, tak akan ada apa yang jadi.aku percaya itu..

Aku family person, aku workaholic, aku busy memanjang, aku tak reti tegur sapa dengan orang yang aku baru kenal, aku memang kurang luangkan masa dengan kawan, tapi aku bukan lah anti sosial.aku memang bukan nak mengeluh... tapi untuk aku yang berumur begini (july, dragon :P mentel kan tulis gini) 25 tahun...dah kena hujan soalan psl jodoh almost 3 years. itu sesuatu yang membosankan...dengar ye...aku bukan menolak perkahwinan, jauh sekali menghalang perkahwinan..siapa tak nak ada family sendiri, hidup dengan suami dan anak-anak...aku nak :P (aku nak kahwin lah maksudnya) tapi.....aku dh smpi level kesabaran tahap 0.5 yang pertama macam ala-ala dah hilang aaa...

STATMENT AKU GENERAL.aku memang tak tuju siapa-siapa, tak mention siapa-siapa...aku mohon, untuk korang yang gasak mengutuk, tertanya-tanya, terpinga-pinga atau apa sahaja yang korang rasa pasal aku yang tak ada sebut apa-apa pasal aku nak kahwin...doakan lah aku,...doakan aku baanyak-banyak...aku tau korang sayang aku, so, itulah cara yang paling aku hargai kalau korang nak tunjuk prihatin korang kat aku,,,

aku rasa teruk der,,,serius kalau korang kecoh-kecoh depan budak laki,nak jodoh kan aku dengan dia orang...aku rasa macam, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...aku rasa macam aku yang tak sedar diri, tak ukur baju kat badan sendiri,,,macam poyo kan? tapi itu yang aku rasa...aku kompleks?hahaha itu yang korang rasa...bukan hakikat...ok....aku nak kemas office, esok kembara mahkota johor. esok kena keja tau....hahahah...buat bakal suami aku, ni nak bagi tahu awal-awal..redha lah nanti kalau saya asyik kena keja sabtu ahad, pagi malam semata nk berkhidmat untuk masyarakat...cincau





terima kasih kerana membaca entry ni
hailaviu....

Thursday, July 25, 2013

judge?hak kita ke?

judge ke?
bukan kutuk ke?
entahlah...sebab aku bukan berani macam tu..
bukan ke lebih bagus istghifar dalam hati.
dari jadi bangau oh bangau?
oh tidak...nanti nampak tak hebat..betul??
guna frasa 'SAYA BERPENDAPAT' untuk nampak elok..
tapi sebenarnya, bukan orang yang di kutuk sahaja nampak teruk,
kau yang mengutuk sebenarnya lagi nampak teruk..
tak nafikan..itu normal...untuk manusia biasa..
TAPI benda boleh belajar,
benda boleh FIKIR...
eh..jap...fikir lah tu..BERFIKIRAN TERBUKA.
sampai tak sedar...
bukak seluasnya pekung di dada..kan?
berkongsi cara nya lain...
menegur cara nya lain...
mengutuk pun caranya lain....
paling bagus sekali...BERDOA...
supaya tak di timpa musibah seperti itu..
tatkala lidah lancang menutur bicara...
tanpa kita sedar jari yang menunjuk...
tunjuk semula ke kita....
entahlah...
aku pun tak layak...
masih di peringkat merangkak...
untuk belajar HIDUP..
banyak lah berfikir...bukan dengan negatif, dengan positif...
berfikir apa? fikir tentang apa yang perlu sahaja...
BUKAN fikir benda yang tak tentu fasal..
TAPI ada benda yang perlu kau fikir..
tapi...ada juga benda yang TAK PERLU fikir?
apa dia?dirimu sahaja yang tahu..
wahai manusia yang semakin alpa dan angkuh di bumi Tuhan nya.

travelogue sabah 1


assalamu'alaikum...lama tak berjumpa..hehehe..nak tau sebab apa?sebab tuan punye belog ni dah jadi pemalas nak up date belog!hehe..bukan apa kawan-kawan..aku tak banyak benda yang best yang nak di sharing..but this time its something really interesting i want to share..my 4 days 5 night travel log. off to Sabah, negeri di bawah bayu..entry kali ini akan lebih kepada seolah-olah explaination dari seorang pemandu pelancong yang tak bertauliah ye. harap dapat lah membantu walaupun tak sangat.. :) check this out!

July 3 ;2013
flight kami dalam jam 09.20 malam. sebab dah buat web check in awal-awal. kami ada kat airport lebih kurang jam 8.30 malam. perjalanan dari JB-KK ambil masa 2 jam 30 minit..dan disebabkan aku bertolak malam.aktiviti aku dalam flight adalah makan dan tido..sampai KK around 11.30 malam, ambil kereta sewa terus bergerak ke tune hotel..Jarak dari KKIA ke tune hotel-1borneo sabah lebih kurang 17.3km..sampai hotel dalam jam 12.30 malam..untuk siapa yang tak tahu, bayaran Tune Hotel bergantung kepada apa permintaan kita. Untuk malam tu, aku hanya booked bilik yang ada air cond 24 hours, toiletry and towel provided dan  tak ada tv. aku bermalam kat sini 1 malam je sebab esok pagi-pagi nak ke kundasang. Jadi sangat berpatutan lah aku cuma bayar RM30 utnuk semua tu. TAPI ingat ye. ini harga waktu promosi.Sedikit info lagi, Tune Hotel ada waktu-waktu yang dia akan offer BEST PRICE! jadi rajin-rajin survey sebelum booking




July 4 ;2013

Ok move to the next day. pukul 6.30 pagi aku dah check-out untuk ke kundasang. Rasanya ramai dah tahu. dekat sabah cepat siang. so pkul 6.30 adalah sepertimana di semenanjung pukul 7.30..kita orang just drop by mana-mana kedai yang bukak untuk brekfast. dan tak ada menu yang pelik. cuma yang pelik adalah, sup kosong akan dihidangkan pada korang tak kisah menu apa yang korang order. Tapi jangan pulak dah order soto pastu pegi tanye mak cik kedai tu kenapa tak bagi sup kosong. Kalau aku jadi mak cik kedai tu aku bagi seperiuk sup!hahahaha.

First stop kita orang adalah  KINABALU PARK..tak ada banyak sangat aktiviti yang boleh buat dekat sini sebab hikers sahaja yang enjoice kat sini..untuk orang seperti aku, cukup lah dapat menikmati alam semesta ciptaan Allah yang sungguh cantik..subhanallah.cantik sangat okeh..kau nampak gunung kinabalu setongkol depan mata kau.tak kagum ke jah oi!!
i olls with kak farah



awan kat kaki gunung..live lagi sangat cantik!!

cantik tak?

lain-lain gambar tidak lah dapat nak di kongsi kerana lebih banyak gambar berposing aje..dah puas ambil gambar kita orang semua bergerak ke destinasi seterusnya.sebelum terlupa.Sebanyak  RM 3 bayaran dikenakan untuk masuk ke KINABALU PARK.untuk hiking, bayaran lain akan dikenakan. 

seterusnya kita orang terus bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm.Tempat ni ala-ala new zeland dairy farm. kat sini tak banyak aktiviti yang boleh di buat sebab pagi lagi. Tapi aku and the geng masuk je sebab time is killing us..hhahaha.kita orang masuk bergambar dan beli susu fresh. kalau yang berminat nak tengok macam mana proses pemerahan di lakukan, kena lah tunggu sampai pukul 3 petang..akak tak sanggup nak menunggu nya sebab ada lagi satu tempat yang kita orang kena pergi.MESTI BELI!susu flavour coklat yang meletops dan ice cream mix yang meletop jugak.JANGAN LUPA bayar RM4 nak masuk ye..

ni adalah tempat wajib bergambo.hehhe
tetap berusaha nak bergambar dengan lembu walaupun jauh


ha...ni posing sorang

kakak tido walaupun tengah amik gambo

giyomi di ladang lombu,,

dah puas posing berbagai gaya, kita orang pun bergerak ke HOT PORING.Perjalanan mengambil masa berapa lama tak ingat la pulak sebab aku dah penat sangat dan tertido.tau-tau dah sampai. Heheheheh, nampak sangat kan aku kuat tidur?ok lah ni baru part 1..nanti sambung lg yep...bye


















Thursday, June 6, 2013

tak baik macam tu..

satu hari..tengah duduk-duduk dengan kawan-kawan..hari tu, rilex sikit..sebab tak ramai orang.so, aktiviti harian pun jadi slow down.dalam borak-borak..memang dah agak..mesti terkena sedikit sebanyak topik hot meletops pasal aku..aku tayang gigi je.sebab tu yang aku mampu buat..kita orang terus dan terus borak. macam-macam topik.pasal anak-anak (walaupun aku tak ada anak)..aku layan dia atas kapasiti kawan.selalunya aku kurangguna kapasiti ni untuk kawan aku yang sorang ni. bila dia nak ajak pasal topik yang aku tak berkenan tu, aku tarik pegi topik lain..kali pertama berjaya, kali kedua aku buat lagi.ala-ala dah tak berjaya. aku rasa dia tau aku mengelak.tapi aku steady lagi..tapi start satu part di mana dia start kutuk orang, pasal itu dan ini..aku tak boleh tahan. kenapa perlu kutuk orang?sedangkan diri masih compang -camping. kenapa nak mengeluh pasal apa rezeki yang kita dapat?
aku memang tak lah baik sangat.memang kadang-kadang merungut..tapi syukur sangat Allah kurniakan aku seorang ibu dan seorang kawan yang selalu ingatkan aku.kalau aku mengadu pada mak.jawapan mak "Angah,jangan macam tu..tak baik nak.tak berkat rezeki nanti". sama juag depan jawapan kawan aku "awak sabar lah mira.nanti mesti awak dapat yang lagi bagus.kita doakan awak" . sungguh! aku sangat bersyukur untuk itu. Malam semalam, aku merungut lagi..tapi pada housemate aku..dia tak suka aku macam tu..tapi dia senyum je..tiba-tiba aku diam. aku sedar sesuatu..kenapa aku nak merungut?nak sedih? patutnya aku bersyukur apa yang Allah bagi aku sekarang! sungguh! aku perlu itu. bukan merungut-rungut..hmmm...tak baik macam tu.
itu lah yang sempat aku terfikir waktu kawan yang seorang ni sedap hanyut dengan topik nya..aku tak peduli..aku potong cakap dia. "ingat!jangan kutuk orang beria sangat..kena pada batang hidung sendiri nanti..jangan sibuk nak cakap hidup tak adil." kadang-kadang apa yang jadi dalam hidup kita tu takdir.tak dapat kita lawan..semak diri sendiri, kenapa macam tu.dan in sha Allah. aku ingat pesan itu. T.T ..semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati aku, keluargaku, sahabat-sahabatku, dan orang-orang yang aku sayangi

Tuesday, May 21, 2013

perfect adalah bersungguh-sungguh

assalamu'alaikum

rasanya macam dah lama tak tulis. PERFECT. aku assume semua orang tahu apa yang dinamakan PERFECT. tapi pada aku perfect adalah sangat subjektif.. mengapa begitu? ia adalah kerana ada sesetengah individu berpendapat kesederhanaan adalah kesempurnaan. tapi pada pandangan aku, sesuatu akan dikatakan perfect bergantung kepada keadaan atau situasi. sesetengah keadaan akan ternampak kesempurnaan hanya dengan kesederhanaan. manakala sesetengah situasi pula menuntut kesempurnaan untuk nampak sempurna. tak kisah macam mana seseorang tu anggap perfect tu adalah bagaimana. tapi aku akan merumuskan perfect tu adalah kesungguhan, dari semua segi. tak kisah lah macam mana bersungguh-sungguh nya. tentunya questionair pada semua orang kenapa topik begini rupa yang aku pilih untuk kongsi dengan semua. WHY SO SERIOUS??? hahaha..terpanggil tulis ini adalah kerana pengamatan yang telah aku buat semalam. 1 hari suntuk. menghadap ragam manusia yang cuba menunjuk kan kesempurnaan..tetapi, tiada satu pun yang aku rasa kesempurnaan nya, lebih tepat lagi. tiada nampak sungguh-sungguh dalam matanya. hati nya. tiada nampak usahanya. cuma bermegah dengan kesempurnaan yang sedikit. aku bukan lah seorang yang ingin terlalu sempurna..tiada salahnya jika sederhana, tapi sungguh-sungguh nanti jadilah sempurna nya.




terima kasih,
selamat membaca

Tuesday, May 14, 2013

Akdong Musician - “I Love You”

Assalamu'alaikum..
nampak tak belog ni dah bersarang? hahahaha..terjadi akibat kesibukan dan kemalasan owner belog ni...so, sekarang ni tengah sibuk jugak sebenarnya!sebab esok ada audit...tapi sebab tiba-tiba mood nak menyemakkan belog ni sampai, tulis aje lah..

It's about a reality programe which is 3 korea big entertaiment company yang nak cari bakat baru. ia adalah K-POP STAR vol.2 betul ke aku tulis ni? -maaf lah kalau salah tulis- setahu daku season 2 ni yang menang adalah Akdong musician..and sebenarnya tak ingat lansung nama group ni 9actually duo).. bila terbaca

Akdong Musician Releases “I Love You” MV Featuring Lee Hyun Woo!

Aku cuma cam muka budak perempuan tu...dan muka si comel Lee Hyun Woo..

ni la gambrnya..

aku pun pegi la cari kt Youtube and mv dia best- biasa lah kebanyakan mv korea sangat comel2 kan?
cuma lagu dia belum cari..dedicate kepada k-pop fan aeisyah hanum tolong carikan angh mv ni ok?


thank you for reading


Thursday, March 14, 2013

bye fahrin

assalamu'alaikum..
1st warning...korang tak payah nak ketawakan aku bila tengok tajuk entry ni
2nd warning..korang tak payah nak ketawakan aku bila baca entry

hai semua *tiba-tiba bertukar comel
ok senyap-senyap..aku nak tulis ni..seperti yang korang sedia maklum fan k-popers ada je kat mana-mana kan?kan?kan? sebab entah-entah korang yang tengah baca ni one of k-pop fan..hehehhe...ok lah saya dengan malu-malu mengaku saya telah terjebak dengan demam k-pop lately ni..actually tak de la baru lately ni..sebenarnya saya ni dah minat korean dram start dari drama 'FULL HOUSE' yang mana? tak ingat? jap eh...

crita ni la...
pastu aku tengok macam-macam lagi cerita..summer scent
korang kenal? tak kan?
banyak lagi la dram korea. seingat aku yang start ada drama kore NTV7 lepas tu TV3 lepas tu TV2.. sebab mak aku pun minat gila tengok cerita korea waktu tu..ingat lagi aku bertungkus lumus buat home work sebab nak tengok full house..kalau tak mak tak kasi tengok tv..so aku memag menggembling tenaga nak siapkan kerja rumah.*walaupun niat buat home work tu tak betul..tapi home work aku siap jugak.. tak lama lepas tu senyap je korea wave ni..aku kalau minat orang tak de la sampai tahap memuja..setakat tahap perasan sorang-sorang ada lah..minat aku pun beralih kepada hero tanah air iaitu ; (to all my friend and family..diam-diam kalau dah tahu) 
ni la dia
fahrin ahmad..ye memang saya minat dia..sangat ! okey! walaupun aron aziz menang anugerah bintang popular..aku memang tak tergugat lansung, memang aku stick minat kat dia ni. tapi, korea wave melanda DUNIA. di tambah dengan kemaruk adik aku yang bole hafal macam-macam lagu korea. ditambah penggalak drama-drama korea iaitu astro 391, 393, aku sedikit sebanyak macam tertukar minat.. waktu mula-mula korea wave melanda dunia aku tak minat lagi..sebab aku just dengar lagu and aku berkerut dahi sebab macam mana lah adik aku bole hafal bahasa korea ni...tapi bila aku dah start gila aku... memang lagi dasyat lah...tapi still tak dasyat lagi macam adik aku..dan ramai-ramai artis korea yang aku tengok..aku miant dia ni...

choi minho @ kang tae joon SHINEE
hahahahahaa...sangat minat ok. aku kalau minat memang jenis tak bole nak minat ramai-ramai..sebab aku jenis rambang mata tapi dalam hati tetap sorang.hhahaha aku minat dia lepas layan drama to the beautiful you..aaawwww min ho..you're damm charming!!!! di tambah pula kak farah my bestie pun minat dia ni..huhuu..menjadi-jadi lah aku!hahaha..kadang-kadang kesian kak norlin bingung sebab aku dengan kak farah cerita sambil tersenyum-senyum malu *espcially me..haruslah sebab kak farah dah kawen.nak kena pelangkung dengan laki ko ke? * bila kita orang macam tu kak norlin memang tayang muka tak faham je la...

aku yang hidup sorang-sorang di bumi pasir gudang ni untuk mencari rezki memang lah sentiasa melayan reallity show or program korea idol ni kat YOU TUBE. Paling teruk aku terpengaruh beli note 10.1 lepas tengok cerita ni..hehehhehe..ke dodol betul...sekarang ni aku layan dream team, running man, we got married (like kuntoria very much) paling baru nak layan hello baby, of course lah SHINEE version. tengok minho appa..hahahaha.. dia memang soft hearted, charming, handsome..semua lah. so, ineed to say bye-bye to hero malaya aku..tapi yang penting aku tetap support filem and drama yang dia berlakon..huhuhu...

thank you for reading
maaf jika entry aku tiada kebaikan yang dapat di kongsi bersama.
sebarang typo minta diabaikan kerana aku manusia biasa yang tak lepas dari melakukan silap..:P





diet! tapi.....................


assalamu'alaikum...kawan-kawan, kakak-kakak. Lama la pulak rasanya tak tulis-tulis kat sini..ini semua sebab merajuk..lepas aku dengan gigih google-google, taip-taip nak share kat sini, tinggal post je...semua benda hilang..aaawwww...sakit la hati kita..

jump to the topic * ayat wajib aku!perasan x?


persoalan yang aku nak share kat sini adalah, 'MENGAPA BERKURUN DIET TAPI AKU TAK KURUS PON!'
hahhahaha...aku rasa soalan aku ni adalah dah jadi nombor ke berapa juta kali pun aku tak pasti..mesti dah ramai orang tanya soalan ni...since aku, (sila rujuk gambar di bawah)


ni aku

kak norlin
kak farah
kak lin dan kak farah sedang gigih berdiet tapi ; aku tak nampak kesan nya ke atas diri aku..ooowww...ramai tanya kenapa aku nak diet?aku tak gemuk! waaaahahhahha..kawan-kawan and my famil esp; my mum memang selalu mempositive kan aku! sesungguhnya memang aku belum sampai tahap obesiti, tetapi, berat badan bagi seorang yang berketinggian 152cm ini tidak lah perlu hanya di biarkan meningkat naik. sementelaah, aku adalah seorang perempuan yang mempunyai lemak M *malas yang begitu tepu ditambah dengan kadar metabolisma dalam badan yang rendah harus risau dengan berat badan aku.
at last! aku decide aku tak nak makan nasi.. NO RICE PLEASE! aawwww....gediksnye kan? padahal dari kecik aku makan nasi...hahahha aku cuba tukar rutin makan aku. pagi brekfast ala kadar. tengah hari makan ala-ala je..no berat-berat. malam say no to food, only drinking allowed. drastik tak diet aku?hahahha..tak boleh blah perempuan ni kan? nak tau apa jadi lepas 2 minggu? aku cuma berjaya turun sebanyak 400 - 700g ! hahaha..dalam tempoh 2 week plus aku berjaya buang 700g..tanpa senam...berbaloi? ye aku rasa berbaloi...tapi...............................................................................................................................

aku dah rosakkan diet aku kawan-kawan..kakak lupa nak check makanan yang aku ganti dengan nasi ni boleh menggemukkan atau tidak..setelah aku terlalu obses dengan CABONARA SPAGHETTI selama 2 bulan, sampai kadang-kadang malam buta pun aku boleh makan 3 pinggan spaghetti..aku terpanggil untuk bertemu en google..ini result yang aku dapat :(

Jawaban singkatnya adalah - Tergantung. Salah satu hal yang paling penting yang menentukan apakah itu sehat atau tidak adalah saus dan toppingnya. Pasta sejatinya tidak mengandung banyak kalori - hanya sekitar 200 kalori untuk secangkir penuh pasta. Saus dan toppingnya harus kita perhatikan. Jika Anda menyukai krim dan saus keju, maka sama saja bohong. Saus semacam ini, seperti yang terdapat pada jenis Spaghetti Carbonara, mengandung banyak lemak dan kalori. Pilihan terbaik adalah saus berbahan tomat. ihsan google


nampak tak? tak sia-sia ke diet aku?serabai kan?adoi....apa aku kena buat? tukar cara diet!!!aku betul-batul pening..aku memang seorang yang tak berani nak cuba itu dan ini untuk kurus. aku lagi rela diet dan jogging *walaupun kak senah ni pemaleh gilo nk senam sebenarnyo.. aku dah start 1st step iaitu betulkan diet...tinggal turun training untuk keluarkan lomak cili padi dalam badan den ni..hehehhe. ops! training apa?nak tau? tumgggu....for my next entry about my training..
*i pakai gambo mude-mude dulu..gambar ternbaru banyak dalam fon..super pemalas nak capai cable and transfer dapicture..sorry
tq for reading..

Thursday, February 7, 2013

tanpa kita sedar

assalamu'alaikum..
untuk semua kawan-kawan, yang baca belog ni..yang cuma tengok sekali lau tu pun, salam sejahtera juga ke atas kamu..

lama tak up date belog!nak jadi apa la...hahahahha..sorry lah ye..tak sompat den nak fikir idea apa nak conteng kat sini..sebeno nya banyak je yang jadi dua tiga kebelakangan ni..tapi aku dah up date kat medium yang ringkas dan cepat iaitu ; twitter dan intagram  *big applause*..hehe..

as usual la kan..aku suka up date pasal apa yang selalu jadi di sekeliling kita..selalunya..tanpa kita sedar, masa dalam 1 hari yang kita rasa panjang sebenarnya pendek..biasanya..nak tidur, kita-kita ni akan refresh balik apa yang dah kita buat hari ini..satu hari dari pagi sampai petang..bahagia ke kita, seronok ke kita, itu je yang kita fikir..benda-benda negatif kebanyakkan nya.tapi kita tak sedar...(sama je dengan yang tengah taip ni) kita lupa bersyukur....

selain itu, benda-benda yang kita buat tanpa sedar...melukakan hati orang, kenapa aku cakap macam tu?aku..selalu menjadi mangsa mulut laser kawan serumah dan kakak di opis sebab aku jenis malas nak layan..tapi kalau mood aku tengah angin kus-kus, memang silap la...memang aku buat serangan balas..dan tanpa sedar, aku pun dah melukakan hati orang tak pasal-pasal..kita akan rasa dia deserve apa yang kita cakap kat dia sebab mulut dia dah macam apa kan?kita pun jadi benci tengok perangai mulut lazer dia kan? tapi...tanpa kita sedar..hehe kita pun buat perangai yang sama..nampak tak?

apa lagi yang jadi tanpa kita sedar ye?macam-macam lagi la.....kita selalu kecik kan hati mak dengan ayah kita..itu pun...tanpa kita sedar kawan-kawan..adoi...jauhi lah kami dari menjadi anak derhaka ya Allah...

sampai sini dulu ye..nanti tulis lagi,




Monday, December 31, 2012

BYE2..2012 HYE2..2013

ihsan dr mr google..


 Assalamu'alaikum semua...first of all..semoga kita sentiasa berada di bawah nikmat Nya..Insya allah..okeh *tok sah dok layan minah feelling ni.. Alhamdulillah..Allah memanjangkan umur kita sehingga ke hari ini..ye tak?hehehe..ok lah.let's jump to the topic.. ha...aku rasa tak payah story korang dah nampak kan?hehehehehe..BY THE WAY *siap capslock!* page aku ni yang dah new look.. cantik tak..hehehe *dah start minah perasan ni.. credit for my sis Aeisyah Hanum sebab sudi tukar imej belog angah yang dah ada sarang spider sebelum ni. 

 ok...tahun baru,azam baru, biasa la tu..tapi sesungguhnya..setelah umur aku mencecah 25 tahun..baru la aku rasa betul-betul nak 'make it real' *azam akak yang belom tercapai..atcually tak semua yang tak tercapai..ada beberapa je..maklumlah, tak semua yang kita rancang jadi macam yang kita nak. betol tak? berkenaan dengan new look..hehehe..tak ada lah sampai nak buat plastic sugery ke, ubah penampilan ke..hehehe..its just refering to my blog apprence dan mungkin perubahan gaya hidup aku yang akan jadi semakin sibuk..*jadi la muka tak terurus aku sebagai new look..hahahhaha 

 hmmm...tengah taip-taip..aku kontang idea.. 

 ok..selain itu, hidup aku juga bakal berubah sebab one of my sis *i can't mention which one..hehehhe* will fly for futher study..where? *itu juga rahsia sehingga confirm* sebenarnya aku yang terlebih excited sebab kakak dia ni masih terkedek-kedek mencari ruang dan peluang untuk sambung belajar..tapi belum ada rezeki lagi..Insya allah ada hikmah dia yang tersendiri..:) sangat yakin dengan yang itu... tonggang terbalik,berdiri jatuh, bangun, duduk,sedih, pedih,medih aku untuk tahun yang kita bakal tinggalkan sat ja lagi ni..semestinya akan jadi rujukan, teladan,sempadan dan macam-macam lagi dan yang kita boleh buat. seriously aku baru faham mengapa perlu ada azam..*bukan bermaksud aku tak ada azam lansung* it's about how important it is.. ok lah aku nak memanfaatkan masa senggang untuk sosial nettwork yang lain pulak..happy new year semua..


ihsan dr google juga!

Monday, December 24, 2012

aku & dia

assalamu'alaikum.. ..memang lah trend sekarang..pagi-pagi ngadap pc kan?kalau mak-mak kita mesti marah sebab lebih baik ko kemas rumah, basuh baju, etc..(bawak-bawak tolong mak nak oi...!!)
tak ape lah..curi masa kejap untuk mengisi kekosongan dan kesepian belog aku ni...aku dan dia..wa...siapa dia & aku? okey!let's jump to the topic..it's about me and my youngest sista..di mana dia adalah anak ke 6 dari 6 orang adik beradik yang terdiri daripada 5 perempuan dan 1 orang lelaki..of course la dia ni manja..memang manja dengan cara dan gaya tersendiri..dia boleh dikatakan rapat dengan kakak-kakak dan abang nya sebab kita orang lah medium dia nak berhibur..nak tau sebab ape?adik beradik aku bukan lah spesis yang suka ke hulu hilir dengan kawan-kawan..so sangat susah nak jumpa kita orang hang out dengan kawan-kawan sekolah..susah..

ada apa aku dengan dia?hmmmm...actually kami berkongsi minat yang sama..hehehe..selalu kalau aku suka,dia pun akan keluar statment "adik pun suka" sebab nya..aku punya taste yang problem...walaupun beza umur aku 10 tahun dengan dia, boleh dikatakan taste kami sama.ye sama!hal ni memang our family dah maklum sangat! aku yang berumur 24 tahun bercita rasa seperti budak sekolah umur 14 tahun..hehehe..tak percaya?tengok ni :

ni adalah stationery yang aku ada dan dia sangat adore.heheh
lain-lain seperti baju, fesyen...yang tu dia memang pandai and tak payah ajar..dan aku rasa nasib baik dia tak ada income lagi..kalau tak, aku rasa dia akan beli baju-baju lagi meletops dari aku..hehehhe..ok la lah..ni adalah my youngest sister..BAIDURI BINTI MOHD NASIR

i tengah demam raya time ni..tak sihat

ni pun tengah demam..tapi si budak ni sibuk nak begambo 

ni la dia adik a.k.a baiduri..orang cakap muka kita orang sama.betul ke?




Friday, December 21, 2012

malu berkawan dengan mereka

assalamu'alaikum..ahlan wahsahlan ke hadiah dari hati..*wah!mira speaking arab!*

ok..maaf ye..sebab almost my entry adalah luahan hati saya..sebab kalau tak..belog saya bukan HADIAH DARI HATI. kepada sesiapa yang dah beribu kali baca blog saya yang tak seberapa ni...maaflah jika tiada pengisian untuk anda..sebab kadang-kadang nak up date benda-benda yang macam tu macam tiada keyakinan diri... :)

hari ni sebenarnya nak cerita pasal my bestie kat office iaitu :

Farah wahidah binti nasruddin
Office kat level 18, menara aqabah
Bersifat positive di semua ketika
Agak kelihatan menakutkan bila marah okeh (so, jangan kasi dia marah)
 ni gambar dia..tadaaa :

ni gambar dinner...waktu ni aku baru berjinak-jinak pakai shawl..sila abaikan my appearence.
ok.dia sangat lemah lembut dan membawa imej siti nur haliza dikalangan kami ok :) next is..

Norlin binti md yusoff
Office kat level 12, menara aqabah (sama level so jadi partner gosip, k.farah memang tukang dengar je)
Seorang pegawai HR yang sangat komited
Mempunyai wartawan lokasi yang berdedikasi
ni gambar dia.taadaa :
muka aku time ni serabai sebab tengah boring sebab terlibat dengan kursus yang tidak sepatutnya.



seterusnya :

Norafizah binti suaip
Office kat level 16
Seorang kawan aku yang sangat bz.tapi dia lah yang dok mengadap minah suka berangan ni malam-malam buta.
officemate,house mate,roomate..hehe
ni pulak gambar dia :

ok.abaikan aku yang gemuk di sebelah fiza.

ni lah kawan-kawan aku selain my siblings..aku menangis, melalak, berangan, menggediks..semua dengan dia orang..korang terima kasih ye jadi kawan kita...malu kawan dengan korang?nak tahu kenapa?hehehe..sebab kadang-kadang ada mulut-mulut manusia yang mengata di belakang..aku tidak selayak nya menjadi kawan korang..bukan malu sebab apa..korang adalah diantara yang hmmm.kadang-kadang aku terasa kerdil dikalangan korang..this serious deep from my heart..but percaya lah..korang selalu sangat menjadi yang terbaik sewaktu aku memerlukan..maaf untuk semua perbuatan aku yang membosankan contohnya waktu beli baju raya..contohnya melalak sewaktu diperkotak katik kan..contohnya nak emosi tak tentu pasal..contohnya tanya soalan yang sama "kak kita gemuk tak" hakikatnya sendiri tahu lemak dah bermaharaja lela kat badan sendiri..nampak tak?sangat..kan....sorry..sebab..kadang-kadang..birthday korang pun aku lupa..oh maafkan lah diri ini..banyak lagi nak tulis..tapi..ni je yang mampu sebab. office aku selalu menjadi saksi hujan di dalam bangunan sewaktu empunya belog ini menulis..hari ni tak mampu nak hujan dah sebab tuntutan kerja yang hampir buat aku hilang kesabaran...baiklah itu saja...jom lah balik untuk berjumpa keluarga tercinta walaupun aku belum boleh balik sebab 2 orang bos aku yang sangat berdedikasi dah bagi warning suruh siapkan kerja dan by monday morning nak..untuk makluman..arahan aku terima pukul 4.35 petang..wa....saya sayang bos-bos saya..hahahahahha*tanduk aku dah tumbuh ok!*

nak pantun sikit:
lari-lari atas titi
harap2 tak de yang kecik hati..

enjoice membaca ye!






nothing.just writng

assalamu'alaikum..
sometimes..its hard to face..its hard to stay..it's hard to be fake...but..it's will be an episode of your life..semua orang. tak kira siapa.kesusahan yang kita akan alami dalam episod hidup kita berbeza-beza..Subbahanallah..bertabah lah wahai hati..kuat lah wahai jiwa..ye..kata-kata itu.dari hati itu ...it will be function as your painkiller..berapa lama boleh tahan?tak tahulah.... senyum, your second painkiller..tahan berapa lama?hhmmmm..pun tak tahu.. lagi?apa yang bole tolong.jadi ubat pelali?zikirullah..dan ingat pada Nya. dan ....


ikhlas.ye,ikhlas

assalamu'alaikum..salam jumaat semua.semoga kita sama-sama perolehi keberkatanNya hari ini...amin...
baiklah..sementara tunggu my bestie untuk brekfast, tulis-tulis la sekejap. Oh ye sebelum terlupa, hari ini office saya yang serba serbi meletop ini akan di audit untuk pensijilan 5S.so agak kelam kabut gila pagi ni sebab nak kena pergi mengaji and before that kena kemas tempat office mate aku yang bersepah gila. "kenapa kena kemaskan? tak boleh kemas sendiri ke?" mesti oulls fikir macam tu. the answer is...he's on leave..hahahha *padan muka aku kemas office sorang* tapi tetap jugak nak gatal up date belog sebab dah terfikir..kena tulis. kalau tak nanti lupa.

Keikhlasan...satu benda yang sangat subjektif sama seperti cantik, adil, sayang etc..*banyak kot kalu nak list* ok persoalan nya di sini..macam mana nak tahu orang tu ikhlas?perbuatan dia, percakapan dia, tindakan dia..semua lah..kan?kadang-kadang aku yang sangat suka fikir benda yang remeh ni akan terfikir.."eh?! ikhlas ke dia ni?eh?! macam tak ikhlas je cakap macam tu.." hmmm...susahkan?melainkan kita beranikan diri untuk bertanya atau tak lain tak bukan, membuat spekulasi dan rumusan sendiri..*pastu tonggeng sebab ramalan salah* .

senang cerita..sebenarnya.tak payah fikir kan pasal ikhlas tak ikhlas ni...tapi bila fikir-fikir balik..*tetap nak fikir!* kadang-kadang kita perlu tahu tahap keikhlasan di atas tindakan orang terhadap kita atau kita terhadap orang. tapi macam mana lah nak tau kan?one thing la..yang kita kena percaya sangat kalau kita ikhlas dengan orang..orang ikhlas dengan kita...what goes around comes around.. tapi kalau tetap berlaku tidak ikhlas tu terhadap kita, mungkin itu ujuian Allah untuk kita..lagi-lagi yang melibatkan hati dan perasaan..:) ok la..dah cukup hari.

senang-senang jemput baca,
salah silap, buat tak nampak je..
hahhahahha