Wednesday, February 5, 2014

apa lagi?

matahari terik..tekak jadi pedih..
pagi-pagi lagi.ye pagi-pagi.
usai basmallah, permulaan mencari rezeki,
terus di tujah ayat negatif.
aku...terdiam..dituduh pelupa.
walhal..si dia yang lupa.
adoi...hari-hari begini..
patutnya hati sudah lali..
tapi, inilah aku..
setiap kali, setiap hari,
menghadap perangai yang sama,
mulut yang sama,
tetap perlu dahiku kerut,
tetap perlu banjir kolam mata.
kenapa?
hati serapuh itu?
aku pelik, kenapa aku begitu.
tak bolehkah aku tulikan telinga dengan ayatnya?
tak bolekah aku butakan mata dengan tuduhan nya?
mungkin,
harapan aku terlalu besar padanya.
tapi pada dia,
aku cuma........
apa ye?tak tahu nak gambarkan aku seperti apa padanya.
seperti buih di lautan?
di pukul ombak hilang lah buih.
seperti daun kering berguguran?
tiba masa gugur lah ia.
begitu ?
yang lain, berjaya memekak kan telinga,membutakan mata.
aku?
dah berpuluh purnama menghadap .
tak berjaya..
hmmm.....

Friday, November 29, 2013

support others

assalamu'alaikum..ok lah..tergerak nak tulis entry sementara menunggu akak satu office habis buat kerja..*dalam hati dah risau pukul berapa nak balik???* T.T

talk about support...what kind of support yang korang semua faham bila this head line pops out dekat depan mata korang???support others..sebenarnye subjective sangat.susah nak cakap sebab kalau kau cakap "pak cik tak nak tolong support kami ke?kami cuma mintak masa 5 minit saje" yang pak cik ko tuduh bukan-bukan tu selamba cakap "tiap-tiap bulan pakcik potong gaji salur dana kat program ni." nampak tak? Pak cik tu bukan tak support usaha ko nak terangkan program ape yang ko cuba ketengahkan. Cuma, it's come in different way. Tapi sebenarnya, kadang-kadang, lain support yang kita perlukan tapu lain pulak cara support yang orang berikan. betul tak?hmmmmm...macam mana nak cakap. sebab support tu subjective...ok lah lets minimize the scope. Kalau dalam pejabat. Ada seorang akak yang berumur 49 tahun dan dibantu oleh seorang anak gadis remaja mengemas office bagai nak gila.angkat segala bagai perabot, kotak. Yang ko lelaki gagah perkasa cuma tengok sambil main internet. Dengan alasan ko support jugak la...Moral support..wei!!!!tengkorak ko la moral support...adoooiiii...tolong la ye lelaki, jangan bagi situasi ni berlaku.boleh merosotkan ekonomi negara kau tau tak? berpada-pada lah dalam bagi sokongan, jenis sokongan juga kena ambil pusing. ambil kira..siapa aku nak nasihat korang????!!! aku ni rakyat malaysia la...yang terlalu sayangkan negara aku..

aku suka lagu ni..layan aje

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

aku nak tulis novel.boleh tak?

assalamu'alaikum kawan, yang semua tengah baca ni tak payah nak ketawa sangat. sebenarnya hasrat aku yang satu ni dah lama aku pendam.tapi, lepas rase bosan sangat macam tak ada life sebab asyik-asyik nak kena kejar date line siapkan tender dengan sebut harga. aku terpanggil nak mencabar diri sendiri. Poyo?memang poyo dan seharusnya tampar aje diri sendiri yang terhegeh-hegeh nak tulis novel. bukan apa.sebab rasa dah lama sangat tak menggali bakat menulis aku.last time aku tulis short story masa time form 5.kena kutuk gila-gila sebab last-last aku buat heroin dia mati.hohohoho. (suka hati aku la aku nak buat ending macam mana kan. cerpen aku) tapi yang penting, aku dapat dorongan dari sorang kawan waktu yang sangat dengan aku waktu tu. NUR AINA MARDIAH sedapkan nama dia? In sha allah nanti aku nak letak nama dia dalam novel dia. Jalan cerita novel aku pasal apa? mesti lah pasal perempuan..hahaha...dah aku perempuan...tapi apa yang aku nak tulis, aku tak fikir lagi. doa kan semoga apa yang bakal aku buat ni dapat memberi manfaat bersama. Yang penting tak akan ada cerita pasal CEO ye...hahhahahaha...sebab aku nak cuba ketengahkan cerita yang lebih real. Ok lah.mood nak menulis sampai sini je kot. tengah kecelaruan emosi.tak pasal-pasal jap lagi aku melalak pasal tulis entry yang lansung tak ada sentimentel topik..hehehhe..ok bye.happy readding, i'm so boring with all this *tiba-tiba. sila sepak..

Friday, August 23, 2013

jodoh itu rezki dan rahsia Allah.


assalamu'alaikum...

pepps..

hahaha...nampak tak? tajuk entri nak gempak, seolah-olah nak bincang benda serius..Relax, chill aje...sebab tak ada apa-apa yang serius pon aku nak tulis. Macamlah korang tak tahu aku memang de masalah sejak belog ni di wujudkan iaitu, tak tahu nak letak tajuk kat entry dengan lebih tepat.. ok lah, lets jump together!

Cakap pasal jodoh, kahwin, boy friend, girl friend, menantu, menghantu, ekh apekah? aku memang dah masak dah soalan-soalan berupa.. ..-------->

1. eh bila nak kahwin.....tak pon
2. yang kau ni, tak nak kahwin ke?kawan-kawan kau semua dah kahwin
3.kahwin cepat la mira...tengok aku..sebaya kau dah berempat
4.eh, betul ke kau tak de boy friend?tipu lah...

macam-macam lagi aaaa aku pon tak ingat sebab aku dah blend dengan soalan-soalan berbisa ni nak masuk 3 tahun dah..hahahah..antara statment cepu cemas lain yang aku dapat adalah......

1.mira ko tak ada boy friend?tu lah...anti sosial
2.ko nak tak kalau aku kenal kan dengan kawan aku ni?dia baik (padahal dia tak kenal sgt pon)
3.kau ni mira...berat mulut...memang lah susah nak dapat kawan
4.ala...aku tahu nape....ko memilih sangat..
5.tulah, dulu si polan tu nak ko, ko tak nak (padahal si polan tu xde pon ckp nak kat aku)

banyak sangat sampai aku memang ah tak ingat...aku cerita bukan nak bukak pekong sendiri, tapi aku nak mengajak masyarakat, kelompok manusia yang suka berfikiran typical ni bukak mata, bukak telinga, bukak hati untuk lebih belajar mendoakan orang, bukan mempertikai kehidupan orang, bukan mendoakan buruk-buruk pada orang.

Aku memang seorang yang percaya pada rezeki Allah. sebab Dia maha mengetahui setiap sesuatu untuk hambanya.Macam-macam usaha yang kita buat, kalau bukan dan belum masanya jodoh kita tu sampai, tak akan ada apa yang jadi.aku percaya itu..

Aku family person, aku workaholic, aku busy memanjang, aku tak reti tegur sapa dengan orang yang aku baru kenal, aku memang kurang luangkan masa dengan kawan, tapi aku bukan lah anti sosial.aku memang bukan nak mengeluh... tapi untuk aku yang berumur begini (july, dragon :P mentel kan tulis gini) 25 tahun...dah kena hujan soalan psl jodoh almost 3 years. itu sesuatu yang membosankan...dengar ye...aku bukan menolak perkahwinan, jauh sekali menghalang perkahwinan..siapa tak nak ada family sendiri, hidup dengan suami dan anak-anak...aku nak :P (aku nak kahwin lah maksudnya) tapi.....aku dh smpi level kesabaran tahap 0.5 yang pertama macam ala-ala dah hilang aaa...

STATMENT AKU GENERAL.aku memang tak tuju siapa-siapa, tak mention siapa-siapa...aku mohon, untuk korang yang gasak mengutuk, tertanya-tanya, terpinga-pinga atau apa sahaja yang korang rasa pasal aku yang tak ada sebut apa-apa pasal aku nak kahwin...doakan lah aku,...doakan aku baanyak-banyak...aku tau korang sayang aku, so, itulah cara yang paling aku hargai kalau korang nak tunjuk prihatin korang kat aku,,,

aku rasa teruk der,,,serius kalau korang kecoh-kecoh depan budak laki,nak jodoh kan aku dengan dia orang...aku rasa macam, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...aku rasa macam aku yang tak sedar diri, tak ukur baju kat badan sendiri,,,macam poyo kan? tapi itu yang aku rasa...aku kompleks?hahaha itu yang korang rasa...bukan hakikat...ok....aku nak kemas office, esok kembara mahkota johor. esok kena keja tau....hahahah...buat bakal suami aku, ni nak bagi tahu awal-awal..redha lah nanti kalau saya asyik kena keja sabtu ahad, pagi malam semata nk berkhidmat untuk masyarakat...cincau





terima kasih kerana membaca entry ni
hailaviu....

Thursday, July 25, 2013

judge?hak kita ke?

judge ke?
bukan kutuk ke?
entahlah...sebab aku bukan berani macam tu..
bukan ke lebih bagus istghifar dalam hati.
dari jadi bangau oh bangau?
oh tidak...nanti nampak tak hebat..betul??
guna frasa 'SAYA BERPENDAPAT' untuk nampak elok..
tapi sebenarnya, bukan orang yang di kutuk sahaja nampak teruk,
kau yang mengutuk sebenarnya lagi nampak teruk..
tak nafikan..itu normal...untuk manusia biasa..
TAPI benda boleh belajar,
benda boleh FIKIR...
eh..jap...fikir lah tu..BERFIKIRAN TERBUKA.
sampai tak sedar...
bukak seluasnya pekung di dada..kan?
berkongsi cara nya lain...
menegur cara nya lain...
mengutuk pun caranya lain....
paling bagus sekali...BERDOA...
supaya tak di timpa musibah seperti itu..
tatkala lidah lancang menutur bicara...
tanpa kita sedar jari yang menunjuk...
tunjuk semula ke kita....
entahlah...
aku pun tak layak...
masih di peringkat merangkak...
untuk belajar HIDUP..
banyak lah berfikir...bukan dengan negatif, dengan positif...
berfikir apa? fikir tentang apa yang perlu sahaja...
BUKAN fikir benda yang tak tentu fasal..
TAPI ada benda yang perlu kau fikir..
tapi...ada juga benda yang TAK PERLU fikir?
apa dia?dirimu sahaja yang tahu..
wahai manusia yang semakin alpa dan angkuh di bumi Tuhan nya.

travelogue sabah 1


assalamu'alaikum...lama tak berjumpa..hehehe..nak tau sebab apa?sebab tuan punye belog ni dah jadi pemalas nak up date belog!hehe..bukan apa kawan-kawan..aku tak banyak benda yang best yang nak di sharing..but this time its something really interesting i want to share..my 4 days 5 night travel log. off to Sabah, negeri di bawah bayu..entry kali ini akan lebih kepada seolah-olah explaination dari seorang pemandu pelancong yang tak bertauliah ye. harap dapat lah membantu walaupun tak sangat.. :) check this out!

July 3 ;2013
flight kami dalam jam 09.20 malam. sebab dah buat web check in awal-awal. kami ada kat airport lebih kurang jam 8.30 malam. perjalanan dari JB-KK ambil masa 2 jam 30 minit..dan disebabkan aku bertolak malam.aktiviti aku dalam flight adalah makan dan tido..sampai KK around 11.30 malam, ambil kereta sewa terus bergerak ke tune hotel..Jarak dari KKIA ke tune hotel-1borneo sabah lebih kurang 17.3km..sampai hotel dalam jam 12.30 malam..untuk siapa yang tak tahu, bayaran Tune Hotel bergantung kepada apa permintaan kita. Untuk malam tu, aku hanya booked bilik yang ada air cond 24 hours, toiletry and towel provided dan  tak ada tv. aku bermalam kat sini 1 malam je sebab esok pagi-pagi nak ke kundasang. Jadi sangat berpatutan lah aku cuma bayar RM30 utnuk semua tu. TAPI ingat ye. ini harga waktu promosi.Sedikit info lagi, Tune Hotel ada waktu-waktu yang dia akan offer BEST PRICE! jadi rajin-rajin survey sebelum booking




July 4 ;2013

Ok move to the next day. pukul 6.30 pagi aku dah check-out untuk ke kundasang. Rasanya ramai dah tahu. dekat sabah cepat siang. so pkul 6.30 adalah sepertimana di semenanjung pukul 7.30..kita orang just drop by mana-mana kedai yang bukak untuk brekfast. dan tak ada menu yang pelik. cuma yang pelik adalah, sup kosong akan dihidangkan pada korang tak kisah menu apa yang korang order. Tapi jangan pulak dah order soto pastu pegi tanye mak cik kedai tu kenapa tak bagi sup kosong. Kalau aku jadi mak cik kedai tu aku bagi seperiuk sup!hahahaha.

First stop kita orang adalah  KINABALU PARK..tak ada banyak sangat aktiviti yang boleh buat dekat sini sebab hikers sahaja yang enjoice kat sini..untuk orang seperti aku, cukup lah dapat menikmati alam semesta ciptaan Allah yang sungguh cantik..subhanallah.cantik sangat okeh..kau nampak gunung kinabalu setongkol depan mata kau.tak kagum ke jah oi!!
i olls with kak farah



awan kat kaki gunung..live lagi sangat cantik!!

cantik tak?

lain-lain gambar tidak lah dapat nak di kongsi kerana lebih banyak gambar berposing aje..dah puas ambil gambar kita orang semua bergerak ke destinasi seterusnya.sebelum terlupa.Sebanyak  RM 3 bayaran dikenakan untuk masuk ke KINABALU PARK.untuk hiking, bayaran lain akan dikenakan. 

seterusnya kita orang terus bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm.Tempat ni ala-ala new zeland dairy farm. kat sini tak banyak aktiviti yang boleh di buat sebab pagi lagi. Tapi aku and the geng masuk je sebab time is killing us..hhahaha.kita orang masuk bergambar dan beli susu fresh. kalau yang berminat nak tengok macam mana proses pemerahan di lakukan, kena lah tunggu sampai pukul 3 petang..akak tak sanggup nak menunggu nya sebab ada lagi satu tempat yang kita orang kena pergi.MESTI BELI!susu flavour coklat yang meletops dan ice cream mix yang meletop jugak.JANGAN LUPA bayar RM4 nak masuk ye..

ni adalah tempat wajib bergambo.hehhe
tetap berusaha nak bergambar dengan lembu walaupun jauh


ha...ni posing sorang

kakak tido walaupun tengah amik gambo

giyomi di ladang lombu,,

dah puas posing berbagai gaya, kita orang pun bergerak ke HOT PORING.Perjalanan mengambil masa berapa lama tak ingat la pulak sebab aku dah penat sangat dan tertido.tau-tau dah sampai. Heheheheh, nampak sangat kan aku kuat tidur?ok lah ni baru part 1..nanti sambung lg yep...bye