Thursday, July 25, 2013

judge?hak kita ke?

judge ke?
bukan kutuk ke?
entahlah...sebab aku bukan berani macam tu..
bukan ke lebih bagus istghifar dalam hati.
dari jadi bangau oh bangau?
oh tidak...nanti nampak tak hebat..betul??
guna frasa 'SAYA BERPENDAPAT' untuk nampak elok..
tapi sebenarnya, bukan orang yang di kutuk sahaja nampak teruk,
kau yang mengutuk sebenarnya lagi nampak teruk..
tak nafikan..itu normal...untuk manusia biasa..
TAPI benda boleh belajar,
benda boleh FIKIR...
eh..jap...fikir lah tu..BERFIKIRAN TERBUKA.
sampai tak sedar...
bukak seluasnya pekung di dada..kan?
berkongsi cara nya lain...
menegur cara nya lain...
mengutuk pun caranya lain....
paling bagus sekali...BERDOA...
supaya tak di timpa musibah seperti itu..
tatkala lidah lancang menutur bicara...
tanpa kita sedar jari yang menunjuk...
tunjuk semula ke kita....
entahlah...
aku pun tak layak...
masih di peringkat merangkak...
untuk belajar HIDUP..
banyak lah berfikir...bukan dengan negatif, dengan positif...
berfikir apa? fikir tentang apa yang perlu sahaja...
BUKAN fikir benda yang tak tentu fasal..
TAPI ada benda yang perlu kau fikir..
tapi...ada juga benda yang TAK PERLU fikir?
apa dia?dirimu sahaja yang tahu..
wahai manusia yang semakin alpa dan angkuh di bumi Tuhan nya.

travelogue sabah 1


assalamu'alaikum...lama tak berjumpa..hehehe..nak tau sebab apa?sebab tuan punye belog ni dah jadi pemalas nak up date belog!hehe..bukan apa kawan-kawan..aku tak banyak benda yang best yang nak di sharing..but this time its something really interesting i want to share..my 4 days 5 night travel log. off to Sabah, negeri di bawah bayu..entry kali ini akan lebih kepada seolah-olah explaination dari seorang pemandu pelancong yang tak bertauliah ye. harap dapat lah membantu walaupun tak sangat.. :) check this out!

July 3 ;2013
flight kami dalam jam 09.20 malam. sebab dah buat web check in awal-awal. kami ada kat airport lebih kurang jam 8.30 malam. perjalanan dari JB-KK ambil masa 2 jam 30 minit..dan disebabkan aku bertolak malam.aktiviti aku dalam flight adalah makan dan tido..sampai KK around 11.30 malam, ambil kereta sewa terus bergerak ke tune hotel..Jarak dari KKIA ke tune hotel-1borneo sabah lebih kurang 17.3km..sampai hotel dalam jam 12.30 malam..untuk siapa yang tak tahu, bayaran Tune Hotel bergantung kepada apa permintaan kita. Untuk malam tu, aku hanya booked bilik yang ada air cond 24 hours, toiletry and towel provided dan  tak ada tv. aku bermalam kat sini 1 malam je sebab esok pagi-pagi nak ke kundasang. Jadi sangat berpatutan lah aku cuma bayar RM30 utnuk semua tu. TAPI ingat ye. ini harga waktu promosi.Sedikit info lagi, Tune Hotel ada waktu-waktu yang dia akan offer BEST PRICE! jadi rajin-rajin survey sebelum booking




July 4 ;2013

Ok move to the next day. pukul 6.30 pagi aku dah check-out untuk ke kundasang. Rasanya ramai dah tahu. dekat sabah cepat siang. so pkul 6.30 adalah sepertimana di semenanjung pukul 7.30..kita orang just drop by mana-mana kedai yang bukak untuk brekfast. dan tak ada menu yang pelik. cuma yang pelik adalah, sup kosong akan dihidangkan pada korang tak kisah menu apa yang korang order. Tapi jangan pulak dah order soto pastu pegi tanye mak cik kedai tu kenapa tak bagi sup kosong. Kalau aku jadi mak cik kedai tu aku bagi seperiuk sup!hahahaha.

First stop kita orang adalah  KINABALU PARK..tak ada banyak sangat aktiviti yang boleh buat dekat sini sebab hikers sahaja yang enjoice kat sini..untuk orang seperti aku, cukup lah dapat menikmati alam semesta ciptaan Allah yang sungguh cantik..subhanallah.cantik sangat okeh..kau nampak gunung kinabalu setongkol depan mata kau.tak kagum ke jah oi!!
i olls with kak farah



awan kat kaki gunung..live lagi sangat cantik!!

cantik tak?

lain-lain gambar tidak lah dapat nak di kongsi kerana lebih banyak gambar berposing aje..dah puas ambil gambar kita orang semua bergerak ke destinasi seterusnya.sebelum terlupa.Sebanyak  RM 3 bayaran dikenakan untuk masuk ke KINABALU PARK.untuk hiking, bayaran lain akan dikenakan. 

seterusnya kita orang terus bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm.Tempat ni ala-ala new zeland dairy farm. kat sini tak banyak aktiviti yang boleh di buat sebab pagi lagi. Tapi aku and the geng masuk je sebab time is killing us..hhahaha.kita orang masuk bergambar dan beli susu fresh. kalau yang berminat nak tengok macam mana proses pemerahan di lakukan, kena lah tunggu sampai pukul 3 petang..akak tak sanggup nak menunggu nya sebab ada lagi satu tempat yang kita orang kena pergi.MESTI BELI!susu flavour coklat yang meletops dan ice cream mix yang meletop jugak.JANGAN LUPA bayar RM4 nak masuk ye..

ni adalah tempat wajib bergambo.hehhe
tetap berusaha nak bergambar dengan lembu walaupun jauh


ha...ni posing sorang

kakak tido walaupun tengah amik gambo

giyomi di ladang lombu,,

dah puas posing berbagai gaya, kita orang pun bergerak ke HOT PORING.Perjalanan mengambil masa berapa lama tak ingat la pulak sebab aku dah penat sangat dan tertido.tau-tau dah sampai. Heheheheh, nampak sangat kan aku kuat tidur?ok lah ni baru part 1..nanti sambung lg yep...bye