Thursday, June 6, 2013

tak baik macam tu..

satu hari..tengah duduk-duduk dengan kawan-kawan..hari tu, rilex sikit..sebab tak ramai orang.so, aktiviti harian pun jadi slow down.dalam borak-borak..memang dah agak..mesti terkena sedikit sebanyak topik hot meletops pasal aku..aku tayang gigi je.sebab tu yang aku mampu buat..kita orang terus dan terus borak. macam-macam topik.pasal anak-anak (walaupun aku tak ada anak)..aku layan dia atas kapasiti kawan.selalunya aku kurangguna kapasiti ni untuk kawan aku yang sorang ni. bila dia nak ajak pasal topik yang aku tak berkenan tu, aku tarik pegi topik lain..kali pertama berjaya, kali kedua aku buat lagi.ala-ala dah tak berjaya. aku rasa dia tau aku mengelak.tapi aku steady lagi..tapi start satu part di mana dia start kutuk orang, pasal itu dan ini..aku tak boleh tahan. kenapa perlu kutuk orang?sedangkan diri masih compang -camping. kenapa nak mengeluh pasal apa rezeki yang kita dapat?
aku memang tak lah baik sangat.memang kadang-kadang merungut..tapi syukur sangat Allah kurniakan aku seorang ibu dan seorang kawan yang selalu ingatkan aku.kalau aku mengadu pada mak.jawapan mak "Angah,jangan macam tu..tak baik nak.tak berkat rezeki nanti". sama juag depan jawapan kawan aku "awak sabar lah mira.nanti mesti awak dapat yang lagi bagus.kita doakan awak" . sungguh! aku sangat bersyukur untuk itu. Malam semalam, aku merungut lagi..tapi pada housemate aku..dia tak suka aku macam tu..tapi dia senyum je..tiba-tiba aku diam. aku sedar sesuatu..kenapa aku nak merungut?nak sedih? patutnya aku bersyukur apa yang Allah bagi aku sekarang! sungguh! aku perlu itu. bukan merungut-rungut..hmmm...tak baik macam tu.
itu lah yang sempat aku terfikir waktu kawan yang seorang ni sedap hanyut dengan topik nya..aku tak peduli..aku potong cakap dia. "ingat!jangan kutuk orang beria sangat..kena pada batang hidung sendiri nanti..jangan sibuk nak cakap hidup tak adil." kadang-kadang apa yang jadi dalam hidup kita tu takdir.tak dapat kita lawan..semak diri sendiri, kenapa macam tu.dan in sha Allah. aku ingat pesan itu. T.T ..semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati aku, keluargaku, sahabat-sahabatku, dan orang-orang yang aku sayangi