Thursday, March 14, 2013

bye fahrin

assalamu'alaikum..
1st warning...korang tak payah nak ketawakan aku bila tengok tajuk entry ni
2nd warning..korang tak payah nak ketawakan aku bila baca entry

hai semua *tiba-tiba bertukar comel
ok senyap-senyap..aku nak tulis ni..seperti yang korang sedia maklum fan k-popers ada je kat mana-mana kan?kan?kan? sebab entah-entah korang yang tengah baca ni one of k-pop fan..hehehhe...ok lah saya dengan malu-malu mengaku saya telah terjebak dengan demam k-pop lately ni..actually tak de la baru lately ni..sebenarnya saya ni dah minat korean dram start dari drama 'FULL HOUSE' yang mana? tak ingat? jap eh...

crita ni la...
pastu aku tengok macam-macam lagi cerita..summer scent
korang kenal? tak kan?
banyak lagi la dram korea. seingat aku yang start ada drama kore NTV7 lepas tu TV3 lepas tu TV2.. sebab mak aku pun minat gila tengok cerita korea waktu tu..ingat lagi aku bertungkus lumus buat home work sebab nak tengok full house..kalau tak mak tak kasi tengok tv..so aku memag menggembling tenaga nak siapkan kerja rumah.*walaupun niat buat home work tu tak betul..tapi home work aku siap jugak.. tak lama lepas tu senyap je korea wave ni..aku kalau minat orang tak de la sampai tahap memuja..setakat tahap perasan sorang-sorang ada lah..minat aku pun beralih kepada hero tanah air iaitu ; (to all my friend and family..diam-diam kalau dah tahu) 
ni la dia
fahrin ahmad..ye memang saya minat dia..sangat ! okey! walaupun aron aziz menang anugerah bintang popular..aku memang tak tergugat lansung, memang aku stick minat kat dia ni. tapi, korea wave melanda DUNIA. di tambah dengan kemaruk adik aku yang bole hafal macam-macam lagu korea. ditambah penggalak drama-drama korea iaitu astro 391, 393, aku sedikit sebanyak macam tertukar minat.. waktu mula-mula korea wave melanda dunia aku tak minat lagi..sebab aku just dengar lagu and aku berkerut dahi sebab macam mana lah adik aku bole hafal bahasa korea ni...tapi bila aku dah start gila aku... memang lagi dasyat lah...tapi still tak dasyat lagi macam adik aku..dan ramai-ramai artis korea yang aku tengok..aku miant dia ni...

choi minho @ kang tae joon SHINEE
hahahahahaa...sangat minat ok. aku kalau minat memang jenis tak bole nak minat ramai-ramai..sebab aku jenis rambang mata tapi dalam hati tetap sorang.hhahaha aku minat dia lepas layan drama to the beautiful you..aaawwww min ho..you're damm charming!!!! di tambah pula kak farah my bestie pun minat dia ni..huhuu..menjadi-jadi lah aku!hahaha..kadang-kadang kesian kak norlin bingung sebab aku dengan kak farah cerita sambil tersenyum-senyum malu *espcially me..haruslah sebab kak farah dah kawen.nak kena pelangkung dengan laki ko ke? * bila kita orang macam tu kak norlin memang tayang muka tak faham je la...

aku yang hidup sorang-sorang di bumi pasir gudang ni untuk mencari rezki memang lah sentiasa melayan reallity show or program korea idol ni kat YOU TUBE. Paling teruk aku terpengaruh beli note 10.1 lepas tengok cerita ni..hehehhehe..ke dodol betul...sekarang ni aku layan dream team, running man, we got married (like kuntoria very much) paling baru nak layan hello baby, of course lah SHINEE version. tengok minho appa..hahahaha.. dia memang soft hearted, charming, handsome..semua lah. so, ineed to say bye-bye to hero malaya aku..tapi yang penting aku tetap support filem and drama yang dia berlakon..huhuhu...

thank you for reading
maaf jika entry aku tiada kebaikan yang dapat di kongsi bersama.
sebarang typo minta diabaikan kerana aku manusia biasa yang tak lepas dari melakukan silap..:P





diet! tapi.....................


assalamu'alaikum...kawan-kawan, kakak-kakak. Lama la pulak rasanya tak tulis-tulis kat sini..ini semua sebab merajuk..lepas aku dengan gigih google-google, taip-taip nak share kat sini, tinggal post je...semua benda hilang..aaawwww...sakit la hati kita..

jump to the topic * ayat wajib aku!perasan x?


persoalan yang aku nak share kat sini adalah, 'MENGAPA BERKURUN DIET TAPI AKU TAK KURUS PON!'
hahhahaha...aku rasa soalan aku ni adalah dah jadi nombor ke berapa juta kali pun aku tak pasti..mesti dah ramai orang tanya soalan ni...since aku, (sila rujuk gambar di bawah)


ni aku

kak norlin
kak farah
kak lin dan kak farah sedang gigih berdiet tapi ; aku tak nampak kesan nya ke atas diri aku..ooowww...ramai tanya kenapa aku nak diet?aku tak gemuk! waaaahahhahha..kawan-kawan and my famil esp; my mum memang selalu mempositive kan aku! sesungguhnya memang aku belum sampai tahap obesiti, tetapi, berat badan bagi seorang yang berketinggian 152cm ini tidak lah perlu hanya di biarkan meningkat naik. sementelaah, aku adalah seorang perempuan yang mempunyai lemak M *malas yang begitu tepu ditambah dengan kadar metabolisma dalam badan yang rendah harus risau dengan berat badan aku.
at last! aku decide aku tak nak makan nasi.. NO RICE PLEASE! aawwww....gediksnye kan? padahal dari kecik aku makan nasi...hahahha aku cuba tukar rutin makan aku. pagi brekfast ala kadar. tengah hari makan ala-ala je..no berat-berat. malam say no to food, only drinking allowed. drastik tak diet aku?hahahha..tak boleh blah perempuan ni kan? nak tau apa jadi lepas 2 minggu? aku cuma berjaya turun sebanyak 400 - 700g ! hahaha..dalam tempoh 2 week plus aku berjaya buang 700g..tanpa senam...berbaloi? ye aku rasa berbaloi...tapi...............................................................................................................................

aku dah rosakkan diet aku kawan-kawan..kakak lupa nak check makanan yang aku ganti dengan nasi ni boleh menggemukkan atau tidak..setelah aku terlalu obses dengan CABONARA SPAGHETTI selama 2 bulan, sampai kadang-kadang malam buta pun aku boleh makan 3 pinggan spaghetti..aku terpanggil untuk bertemu en google..ini result yang aku dapat :(

Jawaban singkatnya adalah - Tergantung. Salah satu hal yang paling penting yang menentukan apakah itu sehat atau tidak adalah saus dan toppingnya. Pasta sejatinya tidak mengandung banyak kalori - hanya sekitar 200 kalori untuk secangkir penuh pasta. Saus dan toppingnya harus kita perhatikan. Jika Anda menyukai krim dan saus keju, maka sama saja bohong. Saus semacam ini, seperti yang terdapat pada jenis Spaghetti Carbonara, mengandung banyak lemak dan kalori. Pilihan terbaik adalah saus berbahan tomat. ihsan google


nampak tak? tak sia-sia ke diet aku?serabai kan?adoi....apa aku kena buat? tukar cara diet!!!aku betul-batul pening..aku memang seorang yang tak berani nak cuba itu dan ini untuk kurus. aku lagi rela diet dan jogging *walaupun kak senah ni pemaleh gilo nk senam sebenarnyo.. aku dah start 1st step iaitu betulkan diet...tinggal turun training untuk keluarkan lomak cili padi dalam badan den ni..hehehhe. ops! training apa?nak tau? tumgggu....for my next entry about my training..
*i pakai gambo mude-mude dulu..gambar ternbaru banyak dalam fon..super pemalas nak capai cable and transfer dapicture..sorry
tq for reading..