Monday, December 31, 2012

BYE2..2012 HYE2..2013

ihsan dr mr google..


 Assalamu'alaikum semua...first of all..semoga kita sentiasa berada di bawah nikmat Nya..Insya allah..okeh *tok sah dok layan minah feelling ni.. Alhamdulillah..Allah memanjangkan umur kita sehingga ke hari ini..ye tak?hehehe..ok lah.let's jump to the topic.. ha...aku rasa tak payah story korang dah nampak kan?hehehehehe..BY THE WAY *siap capslock!* page aku ni yang dah new look.. cantik tak..hehehe *dah start minah perasan ni.. credit for my sis Aeisyah Hanum sebab sudi tukar imej belog angah yang dah ada sarang spider sebelum ni. 

 ok...tahun baru,azam baru, biasa la tu..tapi sesungguhnya..setelah umur aku mencecah 25 tahun..baru la aku rasa betul-betul nak 'make it real' *azam akak yang belom tercapai..atcually tak semua yang tak tercapai..ada beberapa je..maklumlah, tak semua yang kita rancang jadi macam yang kita nak. betol tak? berkenaan dengan new look..hehehe..tak ada lah sampai nak buat plastic sugery ke, ubah penampilan ke..hehehe..its just refering to my blog apprence dan mungkin perubahan gaya hidup aku yang akan jadi semakin sibuk..*jadi la muka tak terurus aku sebagai new look..hahahhaha 

 hmmm...tengah taip-taip..aku kontang idea.. 

 ok..selain itu, hidup aku juga bakal berubah sebab one of my sis *i can't mention which one..hehehhe* will fly for futher study..where? *itu juga rahsia sehingga confirm* sebenarnya aku yang terlebih excited sebab kakak dia ni masih terkedek-kedek mencari ruang dan peluang untuk sambung belajar..tapi belum ada rezeki lagi..Insya allah ada hikmah dia yang tersendiri..:) sangat yakin dengan yang itu... tonggang terbalik,berdiri jatuh, bangun, duduk,sedih, pedih,medih aku untuk tahun yang kita bakal tinggalkan sat ja lagi ni..semestinya akan jadi rujukan, teladan,sempadan dan macam-macam lagi dan yang kita boleh buat. seriously aku baru faham mengapa perlu ada azam..*bukan bermaksud aku tak ada azam lansung* it's about how important it is.. ok lah aku nak memanfaatkan masa senggang untuk sosial nettwork yang lain pulak..happy new year semua..


ihsan dr google juga!

Monday, December 24, 2012

aku & dia

assalamu'alaikum.. ..memang lah trend sekarang..pagi-pagi ngadap pc kan?kalau mak-mak kita mesti marah sebab lebih baik ko kemas rumah, basuh baju, etc..(bawak-bawak tolong mak nak oi...!!)
tak ape lah..curi masa kejap untuk mengisi kekosongan dan kesepian belog aku ni...aku dan dia..wa...siapa dia & aku? okey!let's jump to the topic..it's about me and my youngest sista..di mana dia adalah anak ke 6 dari 6 orang adik beradik yang terdiri daripada 5 perempuan dan 1 orang lelaki..of course la dia ni manja..memang manja dengan cara dan gaya tersendiri..dia boleh dikatakan rapat dengan kakak-kakak dan abang nya sebab kita orang lah medium dia nak berhibur..nak tau sebab ape?adik beradik aku bukan lah spesis yang suka ke hulu hilir dengan kawan-kawan..so sangat susah nak jumpa kita orang hang out dengan kawan-kawan sekolah..susah..

ada apa aku dengan dia?hmmmm...actually kami berkongsi minat yang sama..hehehe..selalu kalau aku suka,dia pun akan keluar statment "adik pun suka" sebab nya..aku punya taste yang problem...walaupun beza umur aku 10 tahun dengan dia, boleh dikatakan taste kami sama.ye sama!hal ni memang our family dah maklum sangat! aku yang berumur 24 tahun bercita rasa seperti budak sekolah umur 14 tahun..hehehe..tak percaya?tengok ni :

ni adalah stationery yang aku ada dan dia sangat adore.heheh
lain-lain seperti baju, fesyen...yang tu dia memang pandai and tak payah ajar..dan aku rasa nasib baik dia tak ada income lagi..kalau tak, aku rasa dia akan beli baju-baju lagi meletops dari aku..hehehhe..ok la lah..ni adalah my youngest sister..BAIDURI BINTI MOHD NASIR

i tengah demam raya time ni..tak sihat

ni pun tengah demam..tapi si budak ni sibuk nak begambo 

ni la dia adik a.k.a baiduri..orang cakap muka kita orang sama.betul ke?




Friday, December 21, 2012

malu berkawan dengan mereka

assalamu'alaikum..ahlan wahsahlan ke hadiah dari hati..*wah!mira speaking arab!*

ok..maaf ye..sebab almost my entry adalah luahan hati saya..sebab kalau tak..belog saya bukan HADIAH DARI HATI. kepada sesiapa yang dah beribu kali baca blog saya yang tak seberapa ni...maaflah jika tiada pengisian untuk anda..sebab kadang-kadang nak up date benda-benda yang macam tu macam tiada keyakinan diri... :)

hari ni sebenarnya nak cerita pasal my bestie kat office iaitu :

Farah wahidah binti nasruddin
Office kat level 18, menara aqabah
Bersifat positive di semua ketika
Agak kelihatan menakutkan bila marah okeh (so, jangan kasi dia marah)
 ni gambar dia..tadaaa :

ni gambar dinner...waktu ni aku baru berjinak-jinak pakai shawl..sila abaikan my appearence.
ok.dia sangat lemah lembut dan membawa imej siti nur haliza dikalangan kami ok :) next is..

Norlin binti md yusoff
Office kat level 12, menara aqabah (sama level so jadi partner gosip, k.farah memang tukang dengar je)
Seorang pegawai HR yang sangat komited
Mempunyai wartawan lokasi yang berdedikasi
ni gambar dia.taadaa :
muka aku time ni serabai sebab tengah boring sebab terlibat dengan kursus yang tidak sepatutnya.



seterusnya :

Norafizah binti suaip
Office kat level 16
Seorang kawan aku yang sangat bz.tapi dia lah yang dok mengadap minah suka berangan ni malam-malam buta.
officemate,house mate,roomate..hehe
ni pulak gambar dia :

ok.abaikan aku yang gemuk di sebelah fiza.

ni lah kawan-kawan aku selain my siblings..aku menangis, melalak, berangan, menggediks..semua dengan dia orang..korang terima kasih ye jadi kawan kita...malu kawan dengan korang?nak tahu kenapa?hehehe..sebab kadang-kadang ada mulut-mulut manusia yang mengata di belakang..aku tidak selayak nya menjadi kawan korang..bukan malu sebab apa..korang adalah diantara yang hmmm.kadang-kadang aku terasa kerdil dikalangan korang..this serious deep from my heart..but percaya lah..korang selalu sangat menjadi yang terbaik sewaktu aku memerlukan..maaf untuk semua perbuatan aku yang membosankan contohnya waktu beli baju raya..contohnya melalak sewaktu diperkotak katik kan..contohnya nak emosi tak tentu pasal..contohnya tanya soalan yang sama "kak kita gemuk tak" hakikatnya sendiri tahu lemak dah bermaharaja lela kat badan sendiri..nampak tak?sangat..kan....sorry..sebab..kadang-kadang..birthday korang pun aku lupa..oh maafkan lah diri ini..banyak lagi nak tulis..tapi..ni je yang mampu sebab. office aku selalu menjadi saksi hujan di dalam bangunan sewaktu empunya belog ini menulis..hari ni tak mampu nak hujan dah sebab tuntutan kerja yang hampir buat aku hilang kesabaran...baiklah itu saja...jom lah balik untuk berjumpa keluarga tercinta walaupun aku belum boleh balik sebab 2 orang bos aku yang sangat berdedikasi dah bagi warning suruh siapkan kerja dan by monday morning nak..untuk makluman..arahan aku terima pukul 4.35 petang..wa....saya sayang bos-bos saya..hahahahahha*tanduk aku dah tumbuh ok!*

nak pantun sikit:
lari-lari atas titi
harap2 tak de yang kecik hati..

enjoice membaca ye!






nothing.just writng

assalamu'alaikum..
sometimes..its hard to face..its hard to stay..it's hard to be fake...but..it's will be an episode of your life..semua orang. tak kira siapa.kesusahan yang kita akan alami dalam episod hidup kita berbeza-beza..Subbahanallah..bertabah lah wahai hati..kuat lah wahai jiwa..ye..kata-kata itu.dari hati itu ...it will be function as your painkiller..berapa lama boleh tahan?tak tahulah.... senyum, your second painkiller..tahan berapa lama?hhmmmm..pun tak tahu.. lagi?apa yang bole tolong.jadi ubat pelali?zikirullah..dan ingat pada Nya. dan ....


ikhlas.ye,ikhlas

assalamu'alaikum..salam jumaat semua.semoga kita sama-sama perolehi keberkatanNya hari ini...amin...
baiklah..sementara tunggu my bestie untuk brekfast, tulis-tulis la sekejap. Oh ye sebelum terlupa, hari ini office saya yang serba serbi meletop ini akan di audit untuk pensijilan 5S.so agak kelam kabut gila pagi ni sebab nak kena pergi mengaji and before that kena kemas tempat office mate aku yang bersepah gila. "kenapa kena kemaskan? tak boleh kemas sendiri ke?" mesti oulls fikir macam tu. the answer is...he's on leave..hahahha *padan muka aku kemas office sorang* tapi tetap jugak nak gatal up date belog sebab dah terfikir..kena tulis. kalau tak nanti lupa.

Keikhlasan...satu benda yang sangat subjektif sama seperti cantik, adil, sayang etc..*banyak kot kalu nak list* ok persoalan nya di sini..macam mana nak tahu orang tu ikhlas?perbuatan dia, percakapan dia, tindakan dia..semua lah..kan?kadang-kadang aku yang sangat suka fikir benda yang remeh ni akan terfikir.."eh?! ikhlas ke dia ni?eh?! macam tak ikhlas je cakap macam tu.." hmmm...susahkan?melainkan kita beranikan diri untuk bertanya atau tak lain tak bukan, membuat spekulasi dan rumusan sendiri..*pastu tonggeng sebab ramalan salah* .

senang cerita..sebenarnya.tak payah fikir kan pasal ikhlas tak ikhlas ni...tapi bila fikir-fikir balik..*tetap nak fikir!* kadang-kadang kita perlu tahu tahap keikhlasan di atas tindakan orang terhadap kita atau kita terhadap orang. tapi macam mana lah nak tau kan?one thing la..yang kita kena percaya sangat kalau kita ikhlas dengan orang..orang ikhlas dengan kita...what goes around comes around.. tapi kalau tetap berlaku tidak ikhlas tu terhadap kita, mungkin itu ujuian Allah untuk kita..lagi-lagi yang melibatkan hati dan perasaan..:) ok la..dah cukup hari.

senang-senang jemput baca,
salah silap, buat tak nampak je..
hahhahahha


Wednesday, December 19, 2012

kerja.kerja

ok..assalamu'alaikum..first of all maaf jika entry memalam bute ni sgt mengarut lantaran tauke belog ni nk jugak menaip walaupun mata minta tidur.

okeh!kemon2...sikit je ye isi entry ni.teruskan membace dengan sabar..oraite..malam-malam bute ni kakak tiba-tiba terdetik nak share kerja-kerja (program & majlis yang kakak terlibat) selain kerja hakiki..disebabkan tuan punya badan NUR 'AMIRAH HANUM BINTI MOHD NASIR ni telah melanyak sebanyak mungkin aktiviti tanpa hent dan telah mengalami pendarahan hidung akibat terlalu penat and dapat mc 2 hari *statment orang jakon tak selalu dapat mc*

menjadi jawatankuasa protokol sangat la sibuk..sampai macam tak rasa rehat sebab kadang-kadang weekend pun kerja. ok?Tapi sebenarnya kadang-kadang sangat seronok dan kadang-kadang beronok-ronok *maksudnye tak best*
Jom la layan gambar nak?hehehe..jom.jom.jom

ni pergi legoland dengan kawan i yang selalu nak di teman ke mana2..by the way, tq bee


ni pergi KL untuk sukan MALA.sambil menyelam jom minum air! sebab kita orang pergi ICT sekali
 
ni pulak program gerak mesra (gotong royong dengan penduduk) sangat loteh sebab sangat panas..i jadi ajk hadiah, protokol dan urusetia..sangat GK kan?


Dan sebenarnya ada lagi 1 gambar tak boleh nak up load. gambar sewaktu jadi protokol majlis PAGEMA..okey..tu je nak share..





Tuesday, December 18, 2012

MSG?!

assalamualaikum kawan-kawan..jom tambah ilmu di petang hari..

Monosodium glutamat, juga dikenali sebagai natrium glutamat atau MSG, ialah garam natrium berasaskan asid glutamik, salah satu asid amino tidak perlu yang wujud secara semulajadi dengan banyak. [1] The U.S. Food and Drug Administrationmengklasifikasikan MSG sebagai bahan “Pada Umumnya Selamat” (GRAS) dan Kesatuan Eropah sebagai bahan tambahan makanan. MSG mempunyai kod HS 29224220 dan nombor E E621. [2] Glutamat dalam MSG memberikan rasa umami yang sama dengan glutamat daripada makanan lain. Kedua-duanya adalah sama dari segi kimia. [3]Industri pengeluar makanan memasarkan dan menggunakan MSG sebagai penambah perisa kerana ia mengimbangkan, menyebatikan dan menyatukan keseluruhan persepsi rasa-rasa yang lain. [4] [5] Nama dagang monosodium glutamat termasuklah AJI-NO-MOTO®, Vetsin, dan Ac'cent.

ihsan dari google

hehehe...ok lah. tujuan hati menulis kata (hehehe..bermadah tak pasal) adalah untuk berkongsi pengalaman dan rasa sebenarnya..MSG?ape tuh? mesti rami je yang tahu sebenarnya..MSG atau bahan perisa yang digunakan dalam masakan lebih dikenali sebagai AJINOMOTO (hakikatnya itu adalah brand)  dan tahukah kawan-kawan, sebenarnya..terdapat segelintir golongan yang sememangnya amat alah kepada bahan perisa yang berlebihan ini..(salah seorang nya adalah saya.*wink.wink) 

aku selalu menapati masalah apabila makan kat luar la...lagi-lagi kalau ajinomoto yang diletak kan dalam makanan seolah-olah ingin menjadikan nya bahan utama..fuh! boleh pengsan uolls!hehehhe
sebenarnya tak tahu la sebab ape...maybe sebab my mom adalah seorang tukang masak yang langsung tidak menggunakan ajinomoto sebagai bahan masakan. Jadi, aku akan mengalami simptom mengantuk, sakit kepala, kembung perut jika makan makanan yang berajinomoto berlebihan.hew..hew...

So, it's will be a bit problem kalau aku makan kat tempat yang aku tak berapa nak biasa sebab normally i've to drive home alone after keluar makan..tambah-tambah problem bila keluar makan di waktu malam..sebagai tindakan jangka pendek..mineral water atau air masak sentiasa perlu disediakan di samping daku..selain itu, gula-gula flavor *pedas-pedas* pun kena standby (gula0gula pun akan di makan bila sangat terdesak kerana menjaga pengambilan gula adalah perlu)

entry ini hanyalah sekadar pekongsian kecil bersama-sama kawan-kawan.ok :)

Kesimpulan nya..*ye ke dah kesimpulan???* penggunaan MSG yang berlebihan  MEMUDARATKAN KESIHATAN..


DERMA OH DERMA

ASSALAMUALAIKUM..dan selamat sejahtera semua kawan-kawan

 hehehhe

Okeh..first of all, harini macam nak start sikit-sikit perubahan menjelang tahun baru..nak tahu perubahan apa yang telah berjaya dilakukan oleh aku yang bz sangat ni?hehehe...ia adalah perubahan rupa blog aku yang semakin dipandang sepi oleh tuan blog sendiri..Hehehehe..(sorry lah sebenarnya just nak cheer mood menulis ni..isk..isk) 

Baiklah..berbalik kepada tajuk entry saya pada hari ni...refer tu perkataan DERMA or DONATE.. hmmm...sebenarnya macam-macam yang kita boleh kategorikan dengan menderma di mana kita semua pasti sedia maklum menderma pun terdapat bermacam-macam medium. Contohnya dari segi wang, material, tenaga malahan organ dan darah juga kita boleh kategori kan sebagai salah satu medium yang kita bole dermakan.

Saya (hehehe..skema kan?) terpanggil untuk menulis entry hari ini sebenarnya rentetan apabila kerap kali terlibat dengan program-program anjuran ofis saya. (i olls keje gomen ye anak-anak.so banyak la event yang melibatkan orang ramai) 

Ok lah..hari ni..kat sini..medium menderma yang saya nak share adalah derma darah..Dengar dan tengok benda ni macam bukan lah sesuatu yang 'rare' ye saya tahu. Tapi hakikatnya..ramai lagi manusia di muka bumi Allah ni tidak menyedari..banyak kelebihan dan manfaat yang kita boleh perolehi daripada menderma darah..

ok..sekarang..baca dulu syaratnya..ok :) -ihsan dari google

1. Berumur 18-60 tahun dan mempunyai berat badan melebihi 45 kilogram.

2. Tahap Haemoglobin melebihi 12.5 peratus.

3. Tiada penyakit kronik.

4. Tidak mengambil preskripsi atau ubat-ubatan seperti aspirin, pain killer dan sebagainya.

5. Tidur yang mencukupi, 5 jam atau lebih.

6. Sudah makan dan minum yang mencukupi sebelum menderma darah.

kelebihan -kelebihan yang kita boleh perolehi banyak sangat yang semestinya dari segi kesihatan.  tetapi. .tujuan utama saya menulis ini, adalah untuk berkongsi kelebihan lain seperti membantu secara indirectly, dapat kawan-kawan baru, menambah aktiviti masa lapang, keistimewaan sewaktu mendapatkan rawatan di hospital2 kerajaan (tertakluk kepada terma dan syarat)

Hope sangat entry saya membantu dan memberi maklumat ye..:)